Tumpuan :
Nasional

Cubaan lari dari polis, punca kemalangan korbankan lapan individu

SARIKEI: Cuba melarikan diri ketika cuba diperiksa oleh anggota polis peronda dikenalpasti menjadi punca kemalangan yang mengorbankan lapan individu di Jalan Sarikei Sibu, Lebuhraya Pan Borneo di sini.

Ketua Polis Daerah Sarikei Supritenden Aswandy Anis berkata ketika cuba melarikan diri, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu lelaki tempatan telah memasuki laluan bertentangan di lebuhraya berkenaan bermula daripada Lencongan di Simpang Bulat.

“Apabila sampai di Jambatan Sungai Nyelong, Lebuhraya Pan Borneo, kederaan MPV berkenaan telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita.

“Akibat kemalangan itu, kesemua pemandu dan penumpang MPV berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Hospital Sarikei manakala pemandu dan penumpang Hilux hanya mengalami kecerderaan ringan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Aswandi berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat dan kes terbabit kini disiasat dibawah Seksyen 41(1)Akta Pengakutan Jalan 1987.

Pihak polis turut menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ahmad Mustaqim Idris di talian 010-4427240 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini