comscore
Tumpuan :
Nasional

Cubaan seludup 7,140 kg minyak masak subsidi gagal

Anggota KPDNHEP memeriksa stok minyak masak yang dirampas ketika cuba diseludup ke negara jiran. – FOTO: Ihsan KPDNHEP

BACHOK: Sejumlah 7,140 kilogram minyak masak bernilai RM17,850 dirampas dalam serbuan di sebuah premis tanpa nombor di Kampung Beris Kubor Besar, di sini, petang semalam.

Serbuan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri dengan kerjasama anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok dan Pasukan Polis Marin Wilayah Pengkalan Kubor, menerusi Ops Membanteras Ketirisan Barangan Kawalan.

Pengarah KPDNHEP negeri, Azman Ismail berkata, pasukannya menerima maklumat mengenai beberapa kenderaan mencurigakan berkumpul di premis itu jam 4.40 petang semalam.

Pemerhatian kemudian mendapati beberapa individu sedang memunggah kotak dipercayai minyak masak ke dalam beberapa kereta.

Stok minyak masak yang dirampas ketika cuba diseludup ke negara jiran. – FOTO: Ihsan KPDNHEP

“Pasukan kemudian menyerbu premis, namun sebuah kenderaan bertindak memecut keluar dengan sekumpulan lelaki melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

“Dalam serbuan itu, kita menemui minyak masak dipercayai untuk diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Azman berkata, pihaknya menyita minyak masak bersubsidi itu dan lima kenderaan dengan nombor pendaftaran tempatan dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan RM97,450,00.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Loading...
Terkini