comscore
Tumpuan :
Nasional

Cubaan seludup dadah RM2 juta dalam bungkusan teh Cina ke Sabah gagal

Dadah yang dirampas JKDM untuk diseludup ke Sabah di Terminal Kargo Udara,KLIA baru-baru ini. – Foto ihsan JKDM.

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menumpaskan cubaan menyeludup dadah seberat 61 kilogram bernilai RM2 juta ke Sabah.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata,​​​​​​​ ia hasil pemeriksaan jam 2.30 petang 5 September lalu.

Jelasnya, serbuk kristal disyaki dadah jenis Metamphetamine itu ditemukan dalam 60 bungkusan plastik  berwarna hijau dengan tulisan ‘Refined Chinese Tea’ .

“Siasatan awal mendapati destinasi akhir ketiga-tiga bungkusan berkenaan ialah Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi 1-800-88-8855 atau ke Pejabat JKDM terdekat.

Loading...
Terkini