comscore
Tumpuan :
Nasional

Cukai industri kelapa sawit: Kajian sedang dijalankan, dijangka siap tahun depan

Oleh: Juliana Sharin & Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Kajian berkaitan pelaksanaan cukai kepada industri kelapa sawit sedang dilaksana dan dijangka siap tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia mengambil kira isu kutipan ses sawit yang dilihat membebankan industri berkenaan.

“Kementerian ini juga mengambil maklum akan pengenaan Windfall Levy atau Cukai Luar Biasa ke atas industri sawit.

Walau bagaimanapun, Kementerian sedang melaksanakan kajian pengenaan cukai industri sawit dan berharap ia dapat diselesaikan pada tahun hadapan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di Dewan Rakyat.

Perkara itu juga akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan.

Dalam isu berkaitan, beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pihaknya mempergiat usaha agar Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai syarat utama pematuhan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Loading...
Terkini