comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan harga petrol, diesel naik sebelum Aidilfitri tidak benar – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hari ini menafikan khabar angin harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri ini selepas pelaksanaan subsidi bersasar.

“Tidak betul. Kalau tarikh tutup (pendaftaran PADU) pada 31 Mac, mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel kerana terlalu dekat.

“Kerajaan juga mengumumkan sebelum ini pelaksanaan subsidi bersasar akan berlangsung pada suku kedua ke atas kerana bila kita lihat garis masa, kita memang perlukan suku pertama kira-kira empat ke lima bulan pertama untuk menyelesaikan sistem sokongan untuk bantuan kepada orang ramai,” katanya selepas Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Menurut Rafizi, kerajaan telah jujur kepada rakyat bahawa ia mahu menyediakan semua bantuan dan sistem yang diperlukan sebelum membuat keputusan mengenai subsidi.

“Oleh itu, kami sentiasa menekankan mengenai PADU (Pangkalan Data Utama) kerana kami perlu melaksanakannya dahulu.

“Kita perlu membersihkan data dan memberitahu mereka yang layak untuk mendapat bantuan,” katanya.

Beberapa penganalisis ekonomi sebelum ini mengunjurkan harga RON95 dan diesel apabila kerajaan tidak lagi memberikan subsidi produk berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini