comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dakwaan hina Agong – Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap bekas setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kenyataannya yang dimuat naik di Facebook.

“Kenyataan dibuat bersifat menghasut orang ramai supaya membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Tony Pua akan dipanggil bagi membantu siasatan di Pejabat USJT Bukit Aman pada 1 tengah hari esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga boleh mengganggu proses siasatan serta menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Kata beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini