
SEGAMAT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat menafikan dakwaan seorang pemuda di Kampung Tenang dekat sini, diserang seekor harimau hingga parah.
Sebaliknya, menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah, video yang tular di media sosial sebenarnya video lama yang berlaku di luar negara.
Katanya, tindakan menyebarkan video berkenaan telah mencetuskan suasana panik masyarakat setempat.
Ujarnya, hingga kini tiada sebarang laporan diterima berhubung insiden yang didakwa.
Justeru orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan berita yang diragui kesahihannya.