comscore
Tumpuan :
Nasional

Dakwaan lelaki diserang kerabat Pahang, kertas siasatan hampir lengkap – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung dakwaan seorang lelaki diserang kerabat Pahang dan sekumpulan individu lelaki pada Jun lalu akan selesai dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan sebelum ini telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara namun diserah kembali untuk dilengkapkan.

“Kita dah jalankan siasatan. Kertas siasatan juga kita dah hantar ke Jabatan Peguam Negara dan kertas siasatan dipulangkan semula untuk siasatan lanjut.

“Mungkin dalam masa 3 atau 4 hari lagi selepas siasatan kita selesai, kita akan hantar semula ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika sidang media di IPK Pahang hari ini.

Sebelum ini, seorang lelaki yang juga merupakan kontraktor jalan mendakwa, dipukul dan diserang dengan senjata tajam oleh kerabat Pahang dan sekumpulan individu lelaki.

Mangsa turut mendakwa diserang dengan insiden tembakan bagaimanapun ia tersasar.

Sususlan kejadian, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan peha selain menerima beberapa jahitan akibat serangan.

Menurutnya, serangan dikatakan berpunca akibat pertikaian mengenai kawasan tanah di Rompin.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menerusi kenyataannya bertitah agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara telus dan adil.

Tengku Hasanal menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk melindungi kerabat yang terlibat dengan sebarang unsur jenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini