comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dakwaan tidak ambil tindakan itu berniat jahat – Polis 

FOTO: Tangkap layar dari video tular

TAMPIN: Dakwaan kononnya polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan satu kes pukul adalah berniat jahat.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata laporan yang disiarkan melalui Telegram Edisi Siasat itu tidak benar dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin serta imej Polis Diraja Malaysia PDRM.

Menjelas lanjut, Anuwal berkata polis menjalankan siasatan kes berkenaan sebaik menerima laporan daripada pengadu.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada pengadu sendiri yang berada dalam keadaan mabuk.

“Hasil perbincangan di antara kedua belah pihak yang juga mempunyai hubungan persaudaraan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak memanjangkan kes berkenaan selain pengadu juga tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan.

Anuwal berkata pengadu juga sudah memohon maaf selain menyesal melakukan pergaduhan yang berpunca daripada dirinya sendiri.

Katanya laporan polis yang dibuat pada 23 Ogos tahun lalu sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Justeru itu katanya orang ramai dinasihatkan tidak menularkan sebarang isu yang tidak benar yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Loading...
Terkini