comscore
Tumpuan :
Nasional

Dalam keghairahan menggapai ke langit, harus mengakar ke bumi – PM

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa bertindak pantas dalam melakukan perubahan terhadap dasar pendidikan tinggi negara biarpun berdepan cabaran permasalahan pasca normal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan dalam keghairahan menggapai ke langit, harus mengakar ke bumi.

“Maknanya kita harus menggapai langit, tetapi dalam kegairahan kita untuk menggapai langit kita jangan lupa dan tertinggal landasan kerana kita sebagai negara dengan budaya dengan fahaman keagamaan juga yang rencam harus juga mengakar ke bumi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Strategi KPT di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) ibu negara.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Sesi wacana selama dua hari sehingga esok itu bagi memeta hala tuju pendidikan tinggi negara supaya sejajar dengan aspirasi nasional di bawah Kerangka Ekonomi MADANI.

Ruang itu juga memberi peluang kepada pemegang taruh dalam sektor pendidikan tinggi untuk berkongsi pandangan dan pengalaman bagi merangka strategi dalam mendepani cabaran masa kini dan akan datang.

Ketika berucap beliau turut meminta penumpuan diberikan kepada perencanaan dan penyelesaian yang singkat dan segera.

Kepantasan itu memungkinkan negara kembali ke tingkat atas dalam bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kita jangan kita berikan pandangan kita seolah-olah kita ini sudah begitu lembab dan lesu, tidak semestinya.

Tetapi dalam persaingan kita tak dapat lagi pertahankan kadar kelajuan yang ada, tidak dapat lagi pertahankan pendekatan pendidikan rendah, menengah dan tinggi yang ada. Tidak mungkin lagi menganggap kita mampu bersaing kalau kita rasakan yang kita punyai sekarang sudah cukup,'” jelasnya.

Malah tenaga pelajar yang disifatkan sebagai pemikir bangsa diminta melihat keutamaan megangkat martabat bangsa dan negara.

Loading...
Terkini