comscore
Tumpuan :
Nasional

Dana Pemberian Khas: Kerajaan masih kekalkan, formula belum muktamad

KOTA SAMARAHAN: Belanjawan 2024 yang bakal dibentang pada Oktober depan masih mengekalkan pemberian khas berjumlah RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, formula bagi kaedah pemberian dana terbabit seperti yang telah dibentangkan sebelum ini masih belum dimuktamadkan.

“Ya sehingga kita muktamadkan kerana RM300 juta itu tertakluk untuk digazetkan dan apabila ia sudah digazet Kerajaan Persekutuan akan berikan dana terbabit.

“Ia tidak perlu lagi dan ia memang sudah sepatutnya ada sebab ia sudah dipersetujui dan ia pastinya ada dalam belanjawan itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Hari Berandau dan Koperasi Kluster Koko Sarawak di sini.

Rundingan mengenai formula pemberian dana terbabit antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak selari dengan tuntutan kedua wilayah terbabit  seperti yang termaktub dalam Pelembagaan Persekutuan.

Penetapan peruntukan terbbait merupakan penyelesaian interim yang bermula tahun ini sementara rundingan mengenai formulanya sedang diteruskan menerusi Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dipengerusikan sendiri oleh Fadillah.

Terdahulu Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan Kerajaan Sarawak mahukan justifikasi daripada Kerajaan Persekutuan untuk menetapkan satu formula khusus Pemberian Dana Khas terbabit berbanding dengan nilai tetap.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini