comscore
Tumpuan :
Nasional

Dana tambahan RM5 juta, tingkat kecemerlangan Harimau Malaya

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Sebagai inisiatif dalam meningkatkan kecemerlangan pasukan bola sepak Malaysia, kerajaan menambah peruntukan dana sebanyak RM5 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyaluran dana terbabit akan diberi segera.

“Kerajaan telah bersetuju meluluskan tambahan RM5 juta kepada FAM supaya dapat mengurus pasukan bola dan meningkatkan keupayaan mereka,” katanya.

Pengumuman itu dibuat ketika menghadiri jamuan makan di Desa Sri Hartamas sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Ubudiyah, Segambut, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kerana pasukan Harimau Malaya telah menunjukkan keupayaan, kesungguhan dan semangat kental dalam menghadapi Korea Selatan, malam tadi.

Ujarnya, biarpun tewas dalam dua pertarungan, pasukan Harimau Malaya mempamerkan satu perlawanan yang menakjubkan dan hebat dalam menentang pesaing yang kuat.

Semalam, skuad Harimau Malaya hampir menumbangkan juara dua kali Korea Selatan sebelum mencatat keputusan seri 3-3, sekali gus menyaksikan Korea Selatan kekal di posisi kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata sementara Malaysia pulang membawa satu mata.

Loading...
Terkini