comscore
Tumpuan :
Nasional

Datuk Seri Abdul Hadi Sedia Jadi Penerima Awal Vaksin

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima terawal suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi kenyataan di akaun Facebook, Abdul Hadi berkata, ia sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi pandemik ini.

“Saya telah mendapat taklimat berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, khususnya tentang kepentingannya terhadap usaha-usaha meningkatkan imuniti kelompok dalam masyarakat, supaya mempunyai daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit tersebut.”

“Justeru saya ingin menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian daripada penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 bersama-sama YAB Perdana Menteri” katanya.

Abdul Hadi turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu dan menggembleng usaha untuk memerangi wabak COVID-19 tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Fokus utama kita sekarang adalah memastikan keselamatan rakyat terjamin dan ekonomi negara kembali pulih” katanya.

Loading...
Terkini