comscore
Tumpuan :
Nasional

Datuk Seri Ismail Sabri kembali bergelar mahasiswa

FOTO: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / Instagram 

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.

Beliau, 64, berkongsi perkembangan terbaharunya menerusi hantaran di Instagram (IG) dengan memuat naik bersama gambar kad matrik yang diperolehi, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran jurusan pengajiannya.

“Alhamdulillah, hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar.

“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar. Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat,” tulisnya di ruangan kapsyen IG.

Perkongsiannya mendapat maklum balas positif netizen dengan rata-ratanya kagum dan mengucapkan tahniah kerana menyambung pengajian.

Mengikut rekod, Datuk Seri Ismail Sabri pernah menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan undang-undang kemudian menjadi peguam pada 1985 sebelum menceburi arena politik dua tahun selepas itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini