comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL arah sebuah premis tidak bersih ditutup

FOTO: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Operasi Sepadu Bersih mengarahkan sebuah premis ditutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

DBKL menerusi hantaran di Facebooknya berkata, arahan itu dibuat dalam operasi pada Rabu di sekitar Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Bangsar Village, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1 dan Jalan Sarjana.

“Dengan kekuatan anggota kesihatan seramai 32 orang sebanyak 64 buah premis dilawati dan 48 premis diperiksa.

FOTO: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

“Sebanyak 16 buah premis ditutup semasa lawatan. Hasil pemeriksaan sebuah premis diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan,” katanya hari ini.

Tindakan notis penutupan premis itu dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil 28 (1) Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

DBKL berkata, ia berikutan premis berkenaan meletakkan kerusi meja di siar kaki lima premis, bahan mentah di letak atas lantai, lantai dinding dapur kotor berdaki hitam dan berminyak.

FOTO: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

“Sebab lain ialah tidak memasang perangkap minyak, perangkap minyak tidak diselenggara, terdapat urungan najis tikus dan lipas di bahagian dapur serta pengendali makanan tidak mendapat suntikan tifoid.

“Tindakan itu juga dikenakan kerana menjalankan aktiviti mencuci pinggan mangkuk di belakang premis, tidak mempamerkan lesen perniagaan dan tiada lesen perniagaan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur,” katanya.

Kata DBKL, bagi tindakan penguatkuasaan, kompaun turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

FOTO: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur / Facebook

“Sebanyak 60 kompaun dikeluarkan mebgikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan empat kompaun Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan.

“Satu kompaun masing-masing mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

DBKL memaklumkan, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengendali premis mematuhi syarat ditetapkan.

Loading...
Terkini