comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL diminta naik taraf gerai terbakar di Lorong Haji Hussein 1

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani melawat lapan gerai yang terbakar

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah baik infrastruktur gerai di Lorong Haji Hussein 1, ibu negara.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kegagalan penyelenggaraan sistem pendawaian elektrik di gerai berusia lebih 20 tahun itu boleh merisikokan peniaga.

Buktinya semalam, jam 1:05 petang berlaku kebakaran melibat 8 lot gerai berkeluasan 8×8 itu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dimkalumkan salah seorang peniaga yang baru sahaja melabur modal menambah stok baru dari Thailand.

Prihatin dengan nasib mereka, Datuk Seri Johari hadir menghulurkan bantuan keewangan.

“Ini adalah satu pusat aktiviti mikro peniaga kecil meniaga dan merupakan sumber pencarian mereka, jadi tempat ini tidaklah melibatkan kos yang banyak kalau DBKL boleh datang balik buat balik semua ni supaya mereka boleh meniaga balik semula” katanya.

Kebakaran yang memusnahkan 8 lot gerai di Lorong Haji Hussein 1

Setiausaha Agung Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu (PPPKM), Sharin Darus pula merayu supaya keseluruhan 80 gerai yang kebanyakkannya menjual pakaian terpakai itu segera di baik pulih agar kejadian kebakaran ini tidak berulang.

“Kita pun merasa bangga atau berbesar hati tugas wakil rakyat yang telah kita lantik ini dapat membantu dengan segeranya, baru kita beritahu dengan segera beliau sendiri turun nak tengok. Mungkin beliau akan maklumkan sesuatu kepada peniaga yang terlibat ini agar bertenang dan bersabar sehingga bantuan dapat disalurkan” katanya.

Loading...
Terkini