comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL ‘gempur Petaling Street lagi, buru kedai makan tanpa lesen

Gambar Ihsan DBKL

KUALA LUMPUR: Petaling Street sekali lagi digempur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi khas yang menyasarkan premis makanan di sekitar Jalan Sultan, di sini, semalam.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, empat buah restoran dikenakan tindakan kerana meletakkan kerusi, meja, gerai beroda, payung, tong gas di laluan pejalan kaki secara haram.

Gambar Ihsan DBKL

“Tindakan Khas Pindah ini diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Noor Azman Mahlin bersama 32 pegawai dan anggota dengan menyasarkan premis perniagaan yang melakukan kesalahan halangan.

“Operasi juga menyasarkan premis yang beroperasi tanpa lesen diusahakan warga asing,” menurut hantaran hari ini.

Gambar Ihsan DBKL

Sebanyak empat kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan satu notis di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Iklan 1982 serta enam di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

“80 peralatan perniagaan yang disita, dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras untuk rekod dan dokumentasi.

“DBKL mengingatkan kepada mana-mana pemilik premis perniagaan agar memastikan syarat-syarat lesen sentiasa dipatuhi dan tidak membuat sebarang halangan di tempat dan laluan awam,” katanya.

Loading...
Terkini