comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL roboh 108 struktur sekatan tanpa kelulusan di Jalan Silang

FOTO: DBKL/ Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 108 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan di empat buah premis di Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang), Kuala Lumpur, semalam.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, struktur itu dirobohkan mengikut kesalahan Seksyen 79, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana dijadikan pecahan lot bilik sewa atau rumah pekerja warga negara asing.

“Operasi bersepadu dijalankan bersama 103 pegawai dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Bukit Bintang, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Jabatan Integriti dan Jabatan Perancangan Korporat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

FOTO: DBKL/ Facebook

“DBKL sebelum ini mengeluarkan empat notis penguatkuasaan dan tawaran kompaun pada 4 Januari lalu terhadap premis berkenaan, surat pemberitahuan kesalahan kepada setiap pemilik premis pada 16 Januari lalu.

“Notis pengosongan juga sudah ditampal pada setiap unit premis berkenaan pada 29 Februari lalu untuk pemilik premis membuka sekatan yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa,”menurut kenyataan itu.

FOTO: DBKL/ Facebook

DBKL turut berkata, operasi bersepadu itu berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua pasukan dan agensi yang terbabit dan operasi ini akan diteruskan dari masa ke semasa selepas ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini