comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL roboh 27 struktur haram warga asing di Bandar Baru Sentul

FOTO: DBKL / Facebook

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan 27 struktur kediaman milik warga asing termasuk tiga kedai runcit, sebuah surau dan satu struktur perniagaan besi buruk yang telah dikosongkan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan diambil menerusi Operasi Tindakan Bersepadu Roboh Struktur bersama Pasukan Agensi di Lot 201224, Jalan 1/48A di Bandar Baru Sentul jam 9.30 pagi tadi.

Tindakan roboh dilakukan berdasarkan kesalahan di bawah seksyen 46 (1) (a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Operasi bersepadu membabitkan beberapa jabatan dalaman DBKL seperti Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Penilai dan Pengurusan Harta serta Pejabat Cawangan Batu.

“Turut disertai oleh beberapa agensi seperti Pejabat Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Air Selangor (SYABAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.

Menurut DBKL, operasi bersepadu berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua agensi yang terbabit dan tindakan sama akan diteruskan di lokasi lain dari masa ke semasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini