KUALA LUMPUR: Tindakan warga asing menjadikan kawasan kediaman sebagai tempat penyimpanan barangan perniagaan mengundang padah apabila diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam.
DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal melaksanakan tindakan khas terhadap warga asing yang menukar status kediaman di sekitar Taman Batu View.
Menurut DBKL, hasil daripada tindakan yang dijalankan, sebanyak lapan tindakan sita serta-merta dilaksanakan terhadap barangan perniagaan warga asing yang diletakkan di kawasan kediaman.
“Tindakan dilaksanakan mengikut Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982.
“Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, di sini, untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenalpasti.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.