comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL sita kedai sayur haram warga asing

KUALA LUMPUR: 15 penjaja warga asing yang menjaja secara haram diusir dan dikenakan tindakan sita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi Tindakan Khas di beberapa premis di sekeliling kawasan berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat sini semalam.

Operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan itu dilaksanakan sekitar Jalan 1/3a, Jalan 6/3a dan Jalan Batu Hampar, Pusat Bandar Utara Selayang di sini.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan melibatkan pemeriksaan terhadap premis-premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan, barangan am.

“Operasi juga dijalankan bagi memantau aktiviti penjajaan dari warga asing terutama dalam kalangan etnik Rohingya dari Myanmar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

DBKL memaklumkan, 15 tindakan sita dan pindah barangan itu dikenakan ke atas warga asing terbabit kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Katanya, tindakan diambil mengikut Undang-Undang Kecil 3 (UUK), Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.

“Tujuh premis dikenakan tindakan notis kompaun melibatkan kesalahan halangan tempat awam, premis tiada lesen dan melantik pembantu tanpa kebenaran.

“Tindakan diambil mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini