comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL tambah laluan khas bas GOKL

Perkhidmatan bas percuma GOKL di sekitar Kuala Lumpur

PETALING JAYA: Empat tindakan proaktif diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam membantu warga kota yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya ketika ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah dalam satu kenyataan berkata antaranya menyediakan laluan khas Perkhidmatan Bas GOKL mulai 11 November 2022 melibatkan 6 buah bas.

Laluan khas ini meliputi laluan Pasar Seni-Masjid Jamek-KLCC dengan kekerapan setiap 10 minit pada waktu puncak iaitu pukul 7 pagi sehingga 9 pagi dan 5 petang sehingga 8 malam.

Bagi 11 laluan sedia ada, perkhidmatan bas itu akan berjalan seperti biasa.

Kekerapan penyuraian trafik turut ditingkatkan dengan menambah dua lokasi ‘point duty’ melibatkan Jalan Jelatek dan Jalan Datuk Keramat daripada 13 lokasi sedia ada.

Turut ditambah, bilangan warden trafik di kawasan yang mempunyai aliran trafik yang tinggi dengan kekuatan keseluruhan seramai 45 orang.

DBKL juga sedia memberikan bantuan dan kerjasama kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi sahabat yang lain bagi memastikan kelancaran trafik dan memberikan kemudahan kepada pihak yang terkesan.

Loading...
Terkini