comscore
Tumpuan :
Nasional

DBKL tutup empat premis urut tanpa lesen, disyaki jalankan aktiviti pelacuran

Anggota penguat kuasa DBKL menampal notis pada salah sebuah premis yang diarah tutup.- Foto Ihsan DBKL

KUALA LUMPUR: Selepas melakukan siasatan dan risikan selama lima hari, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat pusat urut tanpa lesen sah yang disyaki turut menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Kepong di sini, kelmarin.

DBKL dalam kenyataannya berkata, empat notis mengikut UUK 3(1), Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan perindustrian (WPKL) 2016 dikeluarkan atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah.

“Selain itu, 57 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat premis terbabit dirobohkan mengikut Seksyen 79(1), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Keempat-empat premis terbabit juga dikenakan tindakan tutup serta-merta dan barangan perniagaan disita,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut DBKL, Kesemua barangan yang disita dibawa dan disimpan di Stor Jalan Lombong, Cheras.

“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini