comscore
Tumpuan :
Nasional

DC Healthcare lantik Dr Rohaizat sebagai Penasihat Perubatan

Foto: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA/ Facebook

KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd melantik Datuk Dr Rohaizat Yon sebagai Penasihat Perubatan Kumpulan baharu.Pelantikan strategik ini untuk mengukuhkan kepimpinan DC Healthcare dalam sektor penjagaan kesihatan dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran luas Dr Rohaizat dalam kesihatan awam.

Pengarah Urusannya, Dr Chong Tze Sheng, berkata pelantikan Dr Rohaizat ke dalam syarikat adalah satu peristiwa penting untuk DC Healthcare.”Pengalaman dan kepimpinan beliau yang tiada tandingan dalam kesihatan awam akan memainkan peranan penting dalam memacu dasar dan amalan klinikal kami ke arah standard kecemerlangan yang lebih tinggi.

“Kami bersedia untuk fasa pertumbuhan dan inovasi yang menarik, dengan bimbingan Datuk Dr. Rohaizat,” katanya di sini hari ini.Dr Rohaizat dikenali sebagai ‘Panglima COVID KKM’ atau “Jeneral Perang COVID-19 KKM” kerana peranan kritikalnya semasa pandemik, yang membawa banyak ilmu daripada kerjayanya yang terbilang.

Selain itu beliau memegang jawatan sebagai Majlis Perubatan Malaysia (MMC) (2019-2020 dan 2022-2025) dan perkhidmatan penting beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan (KKM), Malaysia, menandakan beliau sebagai seorang yang cemerlang dalam bidang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini