Tumpuan :
Nasional

Deepavali: Rancang perjalanan, patuhi peraturan keselamatan jalan raya – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan orang ramai merancang perjalanan sebaiknya dan utamakan keselamatan di jalan raya. FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan Deepavali supaya merancang perjalanan dengan selamat.

Beliau berkata, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan ditetapkan supaya selamat tiba di destinasi yang dituju.

Katanya, persediaan juga perlu dilakukan sebaiknya dari segi perjalanan dan keselamatan tempat tinggal sebelum meninggalkan kediaman.

“Pastikan kediaman yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat dan terkawal terlebih dahulu.

“Rancang perjalanan sebaiknya dan masa sama ikuti peraturan dan keselamatan jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya menerusi perutusan yang dimuat naik di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, PDRM sempena Hari Deepavali 2023.

Beliau serta warga PDRM turut mengucapkan selamat hari Deepavali kepada seluruh masyarakat serta anggota dan pegawai polis beragama Hindu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini