comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dekatkan masyarakat dengan tugas sebenar media

Oleh: Nur Syafiqah Damanhuri

IPOH: Tugas sebagai pengamal media antara kerja yang murni dan dianggap sebagai wira tidak didendang kerana sanggup mengharungi bahaya termasuk merisikokan diri demi melaksanakan tugas.

Kerjaya itu sentiasa diperlukan negara dalam menyalurkan pelbagai maklumat kepada masyarakat.

Sempena Hari Wartawan Nasional, HAWANA 2023 dan mengiktiraf peranan golongan ini di Malaysia, Karnival Mini HAWANA dianjurkan untuk mendekatkan profesion itu kepada masyarakat

Penganjuran karnival ini yang bermula pagi tadi di Meru Ipoh, Perak antara usaha yang dilakukan untuk menerangkan tugas media kepada umum.

Menurut Koordinator Mini Karnival HAWANA Siti Amirah Mohd Nor program ini melibatkan 14 organisasi media.

“Untuk dapatkan kepercayaan masyarakat bahawa berita benar dan kita bukan buat atau mereka cerita kita sampaikan yang benar-benar sahaja, kita tak cukup masa berita tidak sahih itu untuk sampaikan kepada masyarakat,” katanya.

Perkara itu dipersetujui wartawan Bernama C. Vinoothene.

”Salah satu orang ramai kena lakukan kalau boleh jangan suka suka share. Tengok berita khas mainstream Bernama, TV3 untuk tahu maklumat itu betul ke tidak. Jangan kongsi kalau ia tidak betul,” katanya.

Sambutan HAWANA yang bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, diadakan hingga 29 Mei dimulakan dengan pertandingan mencari harta karun “Media Hunt Hawana” dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang disertai oleh kira-kira 150 peserta.

Loading...
Terkini