comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Demi Palestin: Bidaan Rolex Dr Zulkifli ditutup pada RM135,000

KUALA LUMPUR: RM135,000!

Itu nilai tawaran tertinggi  jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika proses bidaan ditutup jam 12 tengah malam tadi.

Perkara itu diumumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

“Bidaan jam Rolex untuk Palestin telah tamat. Terima kasih kepada pembida yang telah membida.

“Semoga Allah ganjari niat yang murni dengan balasan selayaknya. Jumlah bidaan yang tertinggi adalah RM135,000,” katanya.

Dr Zulkifli turut memaklumkan nama pemenang bidaan terbabit akan diumum, petang ini.

Buletin TV3 sebelum ini melaporkan Dr Zulkifli membuka bidaan jam tangan mewah kesayangannya itu di Facebook pada Isnin dengan harga permulaan RM40,000.

Hasil jualan akan didermakan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat Palestin.

Dr Zulkifli  turut berkongsi kisah di sebalik jam berkenaan yang dihadiahkan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini