comscore
Tumpuan :
Nasional

Dewan Rakyat fokus isu Sistem IDME, Pinda Akta 588 Komunikasi dan Multimedia.

Foto hiasan

KUALA LUMPUR; Sesi soal jawab di Parlimen pagi ini akan menumpukan isu Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) yang didakwa sering mengalami gangguan teknikal sehingga menyukarkan tugas guru.

Sesi dibangkitkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin bakal dijawab Kementerian Pendidikan (KPM) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri mengikut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, pagi ini.

Soalan lain turut dibangkitkan pada sesi sama kepada Kementerian Kesihatan melibatkan ketetapan melarang pesakit menggunakan khidmat klinik kesihatan yang lebih dekat dengan rumah mereka selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen akan bertanyakan isu meminda  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, untuk memastikan ia tidak disalah guna.

Soalan akan dijawab Menteri Komunikasi dan Digital.

Soalan lain turut dikemukakan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ialah berkaitan syarikat ‘startup’ bagi mewujudkan unicorn yang boleh dibanggakan di negara ini.

Turut dijadual pada pembentangan, dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali pertama.

Empat kementerian akan mengambil tempat dalam Perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa.

Kementerian terlibat iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, selain Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Loading...
Terkini