comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Keputusan penganjuran Sukan Komanwel 2026 utamakan kepentingan negara, rakyat – Hannah Yeoh

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan percaya keputusan yang bakal diambil oleh Jemaah Menteri berhubung penganjuran Sukan Komanwel 2026 mengutamakan kepentingan negara tanpa membelakangkan rakyat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata perbincangan penganjuran temasya sukan ketiga terbesar yang dijadual diadakan dalam mesyuarat Kabinet esok itu, memerlukan penelitian terperinci dan tidak boleh diputuskan secara sambil lewa.

“Ianya perlukan perincian teliti dan tidak boleh diputuskan sambil lewa sahaja baiklah setakat ini pendirian Kerajaan Persekutuan belum diketahui.

“Pandangan KBS setakat ini pertama, apa yg pasti KBS sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan nombor satu, sama sekali tidak akan membazirkan wang pembayar cukai sekalipun bersedia utk menganjurkannya”

Hannah berkata demikian ketika waktu pertanyaan menteri dan menjawab soalan ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang meminta KBS menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Mengulas lanjut, Hannah turut memaklumkan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026, satu pendekatan konservatif akan diambil termasuk tidak membelanjakan geran yang diberikan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF)  secara berlebihan.

Selain itu, KBS juga akan bersedia untuk melantik badan pengawal untuk melakukan audit kepada akaun penganjuran sekiranya penganjuran temasya itu dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

Hannah turut memaklumkan, semua aspek akan diambil kira sebelum kerajaan membuat keputusan berhubung tawaran untuk Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Mesyuarat Kabinet akan berbincang mengenai perkara itu dan sebarang keputusan juga akan diputuskan pada Jumaat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini