comscore
Tumpuan :
Nasional

Dewan Rakyat: PLKN 3.0 babit pelajar sekolah menengah, IPT dan belia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Modul latihan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dirangka bersesuaian dengan tempoh dan tahap usia peserta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata program itu akan membabitkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk yang memasuki institusi pengajian tinggi.

Buat masa ini katanya, kementerian sedang memuktamadkan libat urus dan modul, termasuk dari segi ko-kurikulum dan latihan.

“Bila kita muktamadkan nanti, latihan ini bukan hanya membabitkan sekolah menengah tapi juga pelajar universiti atau bukan.

“Sebab itu kita ada tempoh masa dan tahap usianya bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh), sama ada PLKN hanya membabitkan pelajar sekolah menengah atau turut membabitkan belia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini