
KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bertukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat mulai jam 2.30 petang tadi.
Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam ciapan melalui X, hari ini, memaklumkan bahawa tiga Ahli Parlimen berkenaan, iaitu Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), masih berada dalam tempat blok pembangkang tetapi duduk berasingan daripada Ahli Parlimen pembangkang yang lain.
“Ya, mereka masih pembangkang. Khabarnya #KualaKangsar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) masih ingin di tempat lama yang sama,” katanya.
Sebelum ini, Zahari, Mohd Azizi, Iskandar Dzulkarnain dan Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Anwar atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing, namun masih kekal bersama BERSATU.
Khamis lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dilaporkan berkata empat Ahli Parlimen itu memohon menukar tempat duduk masing-masing di dalam Dewan Rakyat.
|ARTIKEL BERKAITAN
- BERSATU akan kenakan tindakan ke atas 2 Ahli Parlimen – Muhyiddin
- Kemampuan Kerajaan Perpaduan faktor peralihan sokongan kepada PM
- [VIDEO] BERSATU gantung keahlian Iskandar Dzulkarnain 4 tahun
- [VIDEO] Ahli Parlimen Gua Musang isytihar sokong kepimpinan PM Anwar
- [VIDEO] Ahli Parlimen Jeli daripada Bersatu nyata sokongan kepada Perdana Menteri