Oleh: Juliana Sharin & Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KUALA LUMPUR: Sidang khas Parlimen hari ini akan menyambung perbahasan penggulungan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) oleh 12 lagi kementerian.
Mengikut susunan giliran yang diedarkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan memulakan sesi pagi ini dengan setiap kementerian diberi masa 30 minit untuk menggulung usul berkenaan.
Artikel berkaitan: RMK12: Semak semula projek tiada impak berganda kepada ekonomi – Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat, dilihat memberi tambahan masa kepada kementerian yang pada hematnya membentangkan isu yang penting buat rakyat.
Penggulungan dari Kementerian Ekonomi dan Kementerian Keewangan bagi menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen ketika perbahasan usul itu antara yang ditunggu-tunggu, dijadual berlangsung di akhir persidangan hari ini.
Artikel berkaitan: Ekonomi negara mengukuh jika RMK12 dilaksana dengan berkesan
Semalam, 14 kementerian melakukan penggulangan antara dibangkitkan usaha kerajaan dalam mengasingkan kuasa antara peguam negara dan pendakwaraya, isu bekalan beras dan minyak dan pemantauan kes penderaan kanak-kanak di Taska.
Artikel berkaitan: Menteri mula menggulung usul RMK12 dalam sidang khas Parlimen hari ini
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula 10 pagi semalam, ditangguhkan jam 9 malam.
Persidangan hari ini juga dijangka dilanjutkan sehingga malam.
Selain itu, turut menjadi tumpuan isu mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kemungkinan dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini.
Artikel berkaitan: KSP RMK12: Perancangan yang inklusif, menyeluruh