comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dewan Rakyat : Usul bincang DNAA Zahid ditolak – Speaker

 

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar dikemukakan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi mendapatkan penjelasan peguam negara berhubung keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Johari Abdul memberitahu demikian selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Wan Ahmad Fahysal meminta beliau mengesahkan sama ada usul diterima atau ditolak.

Namun Johari berkata,  Wan Ahmad Fayhsal  akan diberi ruang untuk berucap selepas urusan pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selesai.

“Usul telah ditolak. (Tetapi) saya nak bagi ruang (Ahli Parlimen Machang berucap) sebab usul (itu) ditolak dan saya bagi ruang kepada dia cakap sekejap lagi.

“Cuma sabar. Kamu (Hamzah), tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ini,” katanya di Dewan Rakyat.

Terdahulu, sidang parlimen pagi tadi, bermula kecoh susulan usul tergempar itu  apabila apabila beberapa pemimpin diketuai Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendesak supaya usul DNAA itu diterima dan dibahaskan.

Loading...
Terkini