comscore
Tumpuan :
Dewan Rakyat

[VIDEO] Dewan Rakyat: Wang tidak dituntut mencecah RM11.2 bilion

 

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Jumlah wang tidak dituntut yang diurus oleh Jabatan Akauntan Negara mencecah RM11.2 bilion setakat 30 April lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, wang terbabit mempunyai 3 kategori dan 70% daripada jumlah itu merupakan wang dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh 7 tahun atau lebih.

“Definisi wang yang tidak dituntut ada tiga, yang pertama ialah wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih.

Datuk Seri Ahmad Maslan

“Yang kedua ialah wang dalam akaun perdagangan antara pembekal dengan syarikat dalam tempoh dua tahun atau lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Ahli Parlimen Bukit Bingang, Fong Kui Lun mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac.

Jelas beliau, kerajaan memperoleh manfaat RM250 juta setahun daripada jumlah wang berkenaan dengan memasukkan ke dalam simpanan tetap.

Katanya, manfaat yang diperoleh itu dikembalikan kedalam wang yang disatukan dan digunakan pembangunan serta bantuan kepada rakyat.

“RM10 bilion (daripada jumlah wang tidak dituntut) kita masuk dalam simpanan tetap dan daripada simpanan tetap itu kita dapat RM250 juta setahun, selama 10 tahun.

“Wang RM250 juta kita kembalikan semula dalam wang yang disatukan dan digunakan untuk pembangunan dan juga bantuan rakyat,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan mempertimbangkan cadangan memberikan biasiswa kepada pelajar menggunakan perolehan berkenaan.

Loading...
Terkini