comscore
Tumpuan :
Nasional

Dharma akan terus dibantu – FINAS

FINAS membuka ruang kepada pelakon veteran yang juga penerbit, Dharma Harun cuba memohon Dana Kandungan Digital (DKD) baharu untuk terus berkarya. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran yang juga penerbit, Dharma Harun Al-Rashid boleh memohon Dana Kandungan Digital (DKD) baharu untuk terus berkarya, sekali gus memperoleh pendapatan bagi kelangsungan hidup.

Keperitan hidup Dharma yang popular dengan watak Cikgu Azmi dalam filem Adik Manja pada 1980-an itu mendapat perhatian ramai pihak, termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang turut menghulurkan bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya akan terus membantu Dharma dan antara usaha dapat dilakukan dengan membuka peluang buatnya memohon DKD bagi menghasilkan karya.

 

Azmir memaklumkan, FINAS akan terus membantu Dharma dan antara usaha dapat dilakukan dengan membuka peluang memohon DKD bagi menghasilkan karya. – Foto: NSTP

“Apa yang boleh kami bantu, Dharma bolehlah mohon bila DKD baharu dikeluarkan.

“Sebelum ini, FINAS sudah beri bantuan kewangan, malah saya sudah berbincang dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Selangor (PERKESO) bagaimana boleh bantu Dharma menerusi program kerjasama PERKESO dengan agensi lain.

“Jadi, insya-Allah kami akan bantu Dharma,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Festival Budaya Filem China-Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion, Jumaat lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini