Tumpuan :
Nasional

‘Dia isteri saya dan saya suaminya yang sah’

Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal suami kepada Allahyarham Siti Zulaila menyiram bunga mawar di pusara isteri dan bapa mentuanya yang mati dibunuh, semalam. – -FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: “Dia (arwah) isteri saya dan saya adalah suaminya yang sah. Bila ramai fitnah dia adalah janda, saya sedih,” demikian luahan Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal.

Mohamad Shazwan Hafizi, 30-an adalah suami kepada Allahyarham Siti Zulaila yang maut akibat ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Hitam, di sini, tengah hari Khamis lepas.

Dalam kejadian itu, bapa kepada Siti Zulaila iaitu Zulkifli Ibrahim, 62 turut terkorban ketika cuba meleraikan pertelingkahan antara anak perempuannya dengan suspek.

Menurut Mohamad Shazwan Hafizi, dakwaan yang mengatakan arwah isterinya itu seorang janda adalah tidak benar sama sekali.

“Sudahlah sedih isteri ditimpa insiden seperti ini, ditambah pula dengan dakwaan tidak sepatutnya buatkan kami sebagai keluarga sangat terkesan,” katanya.

Mohamad Shazwan Hafizi berkata demikian ditemui media selepas pengebumian arwah isteri dan bapa mentuanya di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Tanjong Tokong, di sini, malam tadi.

Terdahulu, jenazah dua beranak itu disembahyangkan di Masjid Tuan Guru yang dihadiri kira-kira 300 jemaah terdiri daripada ahli keluarga, rakan serta penduduk sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Dua beranak berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Mengulas lanjut, Mohamad Shazwan Hafizi berkata, dia berharap suspek dikenakan hukuman setimpal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini