comscore
Tumpuan :
Nasional

Diam Diri Mungkin Kerana Rasa Bersalah – PM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Sikap berdiam diri parti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam isu pendedahan laporan siasatan Pasukan Petugas Khas terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas mungkin disebabkan rasa bersalah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, itu satu-satunya penjelasan munasabah berikutan pendedahan kemungkinan salah laku oleh bekas peguam negara itu yang dilantik semasa pentadbiran persekutuan PH.

“Saya pun tak tahu kenapa mereka diam. Biasanya bila dia rasa dia bersalah, dia diam lah.

“Tapi itu kes kebiasaannya, dalam kes ini saya tak tahu” katanya ketika ditanya mengapa PH dan PN berdiam diri selepas penyahklasifikasian laporan baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya hari ini mempersoalkan sikap berdiam diri PH dan PN dalam isu itu, dengan berkata bahawa beberapa hari selepas laporan itu dikeluarkan, tiada pemimpin PH atau PN menyatakan pendirian mereka mengenai perkara itu.

Katanya, perkara tersebut menunjukkan PH dan PN sebenarnya ‘bias’ atau berat sebelah dan hanya menjaja konsep integriti untuk memburukkan pihak lawan, tetapi tidak berani mempertahankan integriti itu hari ini apabila situasi tidak memihak kepentingan politik mereka.

Loading...
Terkini