comscore
Tumpuan :
Nasional

Diam Diri Tanda Bersalah – PM

KUALA LUMPUR: Tindakan berdiam diri Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) berkaitan hasil siasatan Pasukan Petugas Khas (STF) terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas, menunjukkan seolah-olah kedua-dua parti itu bersalah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana kebiasannya orang yang diam itu bersalah.

“Saya pun tidak tahu kenapa mereka diam…biasanya orang yang rasa bersalah itu diam… biasanya.

“Saya pun tidak tahu dalam kes ini (kenapa) mereka diam…saya tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan PH dan PN yang dilihat masih tidak mengulas laporan 225 muka surat hasil siasatan dan cadangan dikemukakan STF terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

Hasil siasatan STF kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu. STF turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau kini menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan bekas Peguam Negara itu.

Beliau berkata, empat kesalahan dikenal pasti hasil siasatan STF termasuk berkaitan Kanun Keseksaan, kesalahan berkaitan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Rahsia Rasmi.

“Kita serahkan kepada pihak berautoriti berkaitan dalam kes ini, jika membabitkan SPRM mereka yang siasatan dan jika membabitkan kanun keseksaan, polis akan menyiasat,” katanya.

Loading...
Terkini