comscore
Tumpuan :
Nasional

Didakwa terima rasuah RM50,000, bekas pengurus bank direman 5 hari

Seorang bekas pengurus bank lelaki berusia 50-an ditahan SPRM Kelantan semalam, dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000, ditahan reman selama 5 hari sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Bekas pengurus bank yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan semalam selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000, direman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan reman sehingga Jumaat ini.

“Perintah reman ini bagi membolehkan kita melakukan siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, lelaki berkenaan ditahan jam 3 petang semalam ketika hadir di pejabat SPRM untuk diambil keterangan.

Sumber berkata, bekas pengurus bank berkenaan dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM50,000 daripada pelanggannya dengan alasan membiayai program membabitkan bank sejak 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini