comscore
Tumpuan :
Nasional

Diskaun saman polis di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Foto: Malaysia Madani/ Facebook

KUALA LUMPUR: Kaunter pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), antara yang akan dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Selain itu, kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai RAHMAH (STR), kaunter pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu dan kaunter wang tidak dituntut (JANM).

Program di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan turut diisi pameran pelbagai aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menerusi kenyataan di Facebook Malaysia MADANI, ATM akan membawa aset strategik dan kenderaan ringan, manakala APM menampilkan jentera Fire RescueTender (FRT) dan Special Rescue Vehicle (SRV).

JBPM pula akan mempamerkan Water Rescue Vehicle, FRT, Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan bot penyelamat.

Bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), antara pengisian yang akan dibuat ialah aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi di reruainya di khemah nombor satu, selain jualan produk Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY).

MOSTI menerusi perkongsian dalam Facebook rasminya, memaklumkan turut diadakan ialah pencerapan matahari menggunakan teleskop, persembahan interaktif Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dron dan robot kancil serta pertunjukan Sains Bara Membara dan Ekplorasi Angkasa From Earth to Universe. – BERNAMA

Loading...
Terkini