comscore
Tumpuan :
Nasional

Dokumentari ‘Man On The Run’ Fahmi akan jumpa MCMC 

Oleh: Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Pertemuan di antara Kementerian Komunikasi  dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan diadakan bagi membincangkan tuntutan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menurunkan tayangan dokumentari ‘Man On The Run’ yang disiarkan melalui platform penstriman di negara ini.

 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pihaknya tidak akan membuat keputusan dalam tempoh terdekat memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.

“Ada beberapa pandangan awal yang telah disampaikan MCMC tetapi saya rasa ianya perlu diberikan beberapa pertimbangan yang  berlandaskan undang-undang kerana ia melibatkan kes mahkamah.

“Jadi, saya akan adakan pertemuan dalam masa terdekat dengan MCMC terutamanya bagi meneliti aspek perundangan, sebelum kita boleh buat maklumat lanjut”, ujar beliau selepas merasmikan pameran seni seramik raku disini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Najib Razak memohon Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil supaya menurunkan dan melarang tayangan dokumentari bertajuk ‘Man on the Run’ di  sebuah platform penstriman.

Peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ini kerana pihak yang diwawancara dalam dokumentari itu menyatakan pelbagai perkara terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan yang antara lain bersifat fitnah, prejudis dan berat sebelah.

‘Man on the Run’ ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim, berkisar skandal 1MDB yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.

Ia turut memaparkan temu bual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Loading...
Terkini