comscore
Tumpuan :
Nasional

Dr Sidek Baba meninggal dunia

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Sidek Baba dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita itu dikongsi anak beliau ,Izzuddin di laman Facebooknya bahawa ayahnya menghembuskan nafas terakhir ketika waktu Maghrib di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Menurutnya, Allahyarham mengalami sakit jantung dan komplikasi buah pinggang sejak tiga bulan lalu.

Beliau turut memohon agar orang ramai mendoakan agar roh ayahnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam kalangan orang beriman.

“Jenazah masih berada di PPUM untuk pengesahan COVID-19,”katanya.

Allahyaraham Sidek, 76, adalah rakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau sentiasa menabur bakti dalam akademik terutama mengenai Pendidikan Islam dan atas sumbangan itu, beliau pernah menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2009.

Sidek yang dilahirkan di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor UIAM (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar ) dari 1994 hingga 2002. – Harian Metro

Loading...
Terkini