comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua bas berlanggar di Kompleks CIQ BSI

JOHOR BAHRU: Dua buah bas berlanggar ketika sedang melalui ‘checkpoint’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor, di sini, pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika bas awam yang membawa penumpang dan sebuah bas kilang dari Singapura ke Johor Bahru berlanggar.

Akibat pelanggaran itu beberapa bahagian bas rosak termasuk cermin bahagian sisi badan bas pecah serta beberapa penumpang mengalami kecederaan.

Kes kemalangan berkenaan tular di media sosial dipercayai direkod oleh penumpang bas terbabit.

Tidak dapat dipastikan beberapa penumpang yang cedera dan menerima rawatan.

Polis Johor Bahru Selatan (JBS) dijangka mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini