comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua beradik nyaris maut dalam kebakaran

Dua beradik nyaris maut dalam kebakaran rumah mereka di Bandar Utama Batang Kali, petang tadi. -Foto: ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Dua beradik perempuan nyaris rentung apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Bandar Utama Batang Kali, petang tadi.

Jiran yang menyedari kebakaran itu berjaya menyelamatkan mereka yang berusia dua dan tiga tahun.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 3.02 petang.

Katanya, sepasukan 14 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat.

“Terdapat dua kanak-kanak perempuan yang berada di rumah tamu dan kebakaran disedari jiran sebelah rumah mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, kebakaran dipercayai bermula dari dapur dengan anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus.

Operasi pemadaman api tamat pada jam 3.37 petang.

Loading...
Terkini