comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua beranak didakwa rogol remaja 15 tahun dalam kereta

 

MUAR: Seorang bapa dan anak lelakinya diheret ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang remaja dalam kereta di Kluang, enam tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd Hashim Saidin, 77, yang berkerusi roda dan anaknya berusia 21 tahun ( ketika kejadian berusia 16 tahun) mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

​​​​​​​Mengikut kertas pertuduhan, anak tertuduh yang bekerja sebagai penghantar barang terlebih dahulu merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 15 tahun di Jalan Kinabalu, Kluang pada jam 5.15 petang, 25 Mei 2017.

Mohd Hashim dan anaknya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan merogol remaja 15 tahun.

Pada sama jam 6 petang hari sama, Mohd Hashim pula didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa sama di dalam kereta di kawasan lapang dekat Kampung Abdul Rahman Yasin, Kluang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan.

Mahkamah menetapkan 9 Ogos depan untuk sebutan kes dan serahan dokumen.

Dua beranak itu kemudian dibawa ke lokap selepas masing-masing gagal membayar ikat jamin  RM12,000 dan RM15,000.

Loading...
Terkini