comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua buruh binaan maut dihempap konkrit

KOTA SAMARAHAN: Dua perkerja binaan maut selepas dihempap dinding konkrit sebuah parit yang masih dalam pembinaan di Taman Samarindah di sini lewat pagi tadi.

Mangsa masing-masing warga Indonesia berusia 29 dan 42 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 11.25 pagi sebelum mengarahkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan untuk ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba terus menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan dua orang mangsa dengan bantuan pekerja binaan menggunakan jengkaut untuk akses penyelamatan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa terbabit disahkan maut di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Punca kejadian masih dalam sisatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini