comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua cedera kereta rempuh pondok bas

Sebuah Proton Waja terbabas langgar pondok bas, dua mangsa cedera. – Foto ihsan Bomba

KOTA TINGGI: Dua cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh pondok bas di persimpangan Bandar Seri Perani, di sini hari ini.

Kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Proton Waja dengan dua mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lingkungan 30-an cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota tinggi dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 1.04 pagi.

“Kedua-dua mangsa tidak tersepit dan anggota kami membantu mengeluarkan mereka menggunakan pengusung, sebelum memberi rawatan awal.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital dengan menaiki EMRS,” katanya menerusi kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini