comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua cedera lori bertembung Perodua Kancil di Parit Raja

Oleh: Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Dua cedera manakala dua lagi terselamat selepas sebuah lori bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil di Jalan Parit Karjo, Parit Raja, di sini, pagi tadi.

Pusat gerakan operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan jam 6.41 pagi.

Sebuah jentera bomba dan penyelamat dari Balai Penggaram bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua, Mahadhir Mahmod.

“Seorang mangsa lelaki yang memandu kereta Perodua Kancil telah tersepit. Pasukan penyelamat bertindak menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori yang cedera turut dihantar ke hospital oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.

Punca kemalangan bagaimanapun masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini