comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua ditemui rentung dalam pondok pengawal

 

Foto Hiasan

KULIM: Dua ditemui rentung dalam pondok pengawal keselamatan yang terbakar di Taman Bayam Indah, Lunas dekat sini malam tadi.

Difahamkan, mayat terbabit masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita ditemui dalam pondok diperbuat daripada kontena.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.56 malam memaklumkan mengenai kebakaran itu.

“Ketika memadam kebakaran anggota bomba mendapati terdapat dua mangsa rentung dalam kontena terbabit.

“Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada dalam kontena dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Loading...
Terkini