comscore
Tumpuan :
Nasional

Dua kes baharu Cacar Monyet direkodkan bulan ini

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA : Dua lagi kes baharu jangkitan cacar monyet (Mpox) direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan dua lelaki warga tempatan.

 

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata pertambahan kes baharu jangkitan Mpox itu menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini sebanyak empat kes.

“Kes ketiga positif jangkitan Mpox disahkan pada 21 Oktober 2023, melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 6 Oktober 2023.

“Kes keempat adalah seorang lelaki warga tempatan merupakan kontak rapat kepada kes ketiga dan disahkan positif pada 23 Oktober 2023,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kedua-dua kes baharu itu ujarnya tiada hubungkait dengan kes pertama dan kes kedua yang dilaporkan sebelum ini pada Julai 2023 dan pesakit berkenaan sedang menjalani isolasi di rumah dan berada dalam keadaan  stabil.

Dr Radzi berkata kedua dua kes tidak mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

Dalam pada itu, kontak lain bagi kes ketiga dan keempat telah dikenalpasti dan didapati tiada mengalami gejala jangkitan Mpox.

Loading...
Terkini